news-inner-image

Landskap Bandar Dinamik

November 10, 2023

MAJESTIC Residence, sebuah projek pegangan bebas serba moden oleh Majestic Gen kini bersedia mentakrifkan semula kehidupan mewah di tengah ibu kota Kuala Lumpur.

 

Menerusi reka bentuk inovatif dan pembangunannya yang berpusat di lokasi perdana, konsep rumah serba mewah yang diketengahkan jelas membuktikan komitmen mereka untuk membangunkan kediaman bersesuaian dengan gaya hidup moden.

 

Syarikat pemaju itu meletakkan komitmen tinggi dalam membentuk era kehidupan mewah dan tumpuan utama adalah untuk menghasilkan reka bentuk inventif, pengalaman gaya hidup luar biasa serta pembangunan di lokasi perdana.

 

Komitmen itu selaras dengan keperluan generasi kini yang semakin berkembang pesat.

 

Lebih menarik, susun atur seni bina pembangunan berkenaan mengetengahkan intipati kontemporari dan eksklusif, sekali gus menjadikannya menonjol di tengah-tengah landskap pesat di pusat bandar Kuala Lumpur.

 

Antara keunikan hartanah itu adalah kebolehcapaian dan ketenangan yang ditawarkan dalam landskap bandar dinamik, selain turut melindungi residen dari hiruk pikuk kota dan kesesakan lalu lintas.

 

Unit kediamannya direka bagi memenuhi keperluan profesional muda menerusi penawaran ruang yang boleh disesuaikan dengan fungsi rumah selesa hingga persekitaran bekerja dari rumah yang produktif.

 

Pembangunan itu turut memastikan penghuninya mempunyai akses mudah ke kawasan tumpuan, pusat perniagaan, kemudahan kesihatan dan taman awam.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Majestic Gen, Datuk Hoo Kim See berkata, pembangunan itu diinspirasikan daripada pengembaraannya ke seluruh dunia.

 

Kata beliau, reka bentuk unik Majestic Residence mengasimilasikan pengaruh Otavalo, Ecuador yang mewujudkan persekitaran hidup yang canggih tanpa mengetepikan aspek kedesaan.

 

“Falsafah reka bentuk dalaman yang lebih dikenali ‘Loftavalo’ menggabungkan corak Otavalo dengan bahan seperti kayu, logam, kaca, kulit dan konkrit secara harmoni,” katanya.

 

 

Penerbitan:  Harian Metro

 

 

 

Related Articles

news-inner-article-image
A Steady Stream of Launches

March 4, 2024 | News

Majestic Gen Sdn Bhd is looking to launch projects worth a total of RM3.5 billion in 2024 and 2025, following a rebranding exercise that the company hopes will take it to greater heights.

Read More btn arrow
news-inner-article-image
Majestic Gen targets GDV of RM3.3bil

February 28, 2024 | News

Majestic Gen Sdn Bhd, formerly known as Majestic Builders, aims to achieve gross development value (GDV) totalling RM3.3bil for 2024 and 2025 from 15 project launches.

Read More btn arrow
news-inner-article-image
塑造新一代理想生活 Majestic Gen重新定义当代舒居标准

February 28, 2024 | News

每一个蜕变的故事中,我们总能看到过去辉煌岁月的落幕,以及崭新目标的展望,迈向全新征程的步伐。Majestic集团作为卓越的房产发展商,再次启程,谱写全新的篇章。在这个转型的征程中,Majestic Gen将成为故事的主角,将可持续发展、高效运营、现代设计和优雅融合为一体,勾勒出未来高品质发展的宏伟图景。

Read More btn arrow