news-inner-image

Majestic Gen akan lancar 15 projek bernilai RM3.3 bilion

February 27, 2024

KUALA LUMPUR: Pemaju projek Majestic Gen Sdn Bhd, yang sebelum ini dikenali sebagai Majestic Group, akan melancarkan 15 projek dengan gabungan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM3.3 bilion menjelang 2025.

 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Hoo Kim See berkata, pelancaran itu terdiri daripada enam projek pada 2024 dan sembilan lagi yang dijadualkan bagi 2025.

 

“Pelancaran akan datang kami yang terletak di kawasan strategik bagi memenuhi permintaan pasaran merangkumi hartanah kediaman, komersial dan pembangunan perindustrian di kawasan utama seperti Lembah Klang, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Johor,” katanya dalam ucapan beliau semasa majlis pelancaran Majestic Gen, di sini, hari ini.

 

Hoo berkata syarikat itu komited untuk memacu kelestarian dengan menerapkan penyelesaian cekap tenaga seperti panel solar dan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik di samping bahan binaan yang kukuh dan teknologi canggih seperti pengenalan wajah dan ciri-ciri rumah pintar.

 

“Pendekatan perancangan komprehensif kami, merangkumi strategi reka bentuk pasif dalam semua projek, bertujuan untuk mencapai pensijilan hartanah hijau (GreenRe) untuk projek kediaman bertingkat tinggi,” katanya.

 

 

Penerbitan: Berita Harian

 

 

 

Related Articles

news-inner-article-image
Southern Star Award at The StarProperty Awards 2025

May 15, 2025 | News

We are beyond excited to share that Gen Rise @ JBCC has clinched the Southern Star Award at The StarProperty Awards 2025. A heartfelt thank you to all of our incredible buyers and followers for your amazing support. This milestone achievement will no doubt fuel our passion to continue delivering excellence.

Read More btn arrow
news-inner-article-image
Majestic Gen launches first project in Johor

January 15, 2025 | News

Read More btn arrow
news-inner-article-image
Majestic Gen to launch Gen Starz Residences in Old Klang Road by 4Q2024

October 28, 2024 | News

Read More btn arrow