news-inner-image

Majestic Residence: Menakrif Semula Bandar Elegan Di Kuala Lumpur

October 23, 2023

Majestic Residence, sebuah projek pegangan bebas serba moden oleh Majestic Gen kini bersedia untuk mentakrifkan semula kehidupan mewah di tengah-tengah Pusat Bandar Kuala Lumpur.

 

Menerusi reka bentuk inovatif dan pembangunannya yang berpusat di lokasi perdana, konsep kediaman serba mewah yang diketengahkan oleh Majestic Gen jelas membuktikan komitmen mereka untuk membangunkan kediaman yang bersesuaian dengan gaya hidup moden.

 

Majestic Residence mencapai kadar pengambilan mencecah 85%, dengan kebanyakan unit yang ditawarkan sudah ditempah semasa majlis pelancarannya pada 21 dan 22 Oktober 2023.

 

Majestic Gen meletakkan komitmen tinggi dalam membentuk era kehidupan mewah dan tumpuan utama adalah untuk menghasilkan reka bentuk inventif, pengalaman gaya hidup yang luar biasa, dan pembangunan di lokasi perdana. Komitmen ini selaras dengan keperluan generasi kini yang semakin berkembang pesat.

 

 

Susun atur seni bina pembangunan berkenaan mengetengahkan intipati kontemporari dan eksklusif, sekali gus menjadikannya menonjol di tengah-tengah landskap pesat di Pusat Bandar Kuala Lumpur.

 

Terletak di salah satu kawasan kejiranan paling berprestij di Kuala Lumpur, hartanah ini menjanjikan peningkatan pulangan nilai ketara dan permintaan sewa yang kukuh, didorong oleh prospek pertumbuhan jangka panjang projek berkenaan.

 

Jangkaan bahawa Kuala Lumpur bakal menjadi hab perniagaan dan kewangan utama di rantau ini juga menjadikan kepentingan strategik lokasi pusat ini tidak boleh dinafikan.

 

Antara keunikan Majestic Residence adalah kebolehcapaian dan ketenangan yang ditawarkan dalam lanskap bandar yang dinamik, selain turut melindungi residen dari hiruk pikuk kota dan kesesakan lalu lintas.

 

 

Majestic Residence mempersonifikasikan gabungan unik gaya kontemporari dan estetika kompleks yang mengagumkan disamping menjadi epitome dua dunia hasil gabungan harmoni antara unsur moden dan elemen reka bentuk yang menawan dan menakjubkan. Ta Wee Dher, Pengarah Eksekutif Majestic Gen, menjelaskan pembangunan ini membawakan gabungan harmoni antara tradisi dan inovasi; kecanggihan dan kesederhanaan.

 

“Ia berfungsi sebagai penjajaran vintaj yang memikat dan kehidupan kontemporari. Ia bukannya struktur tandus dan tidak bermaya; tetapi sebaliknya. Kami dengan teliti telah mereka bahagian luar menarik, yang menyembunyikan bahagian dalam yang penuh dengan kemesraan dan kepelbagaian.”

 

Majestic Residence menawarkan pelbagai kemudahan yang menakjubkan. Penghuni boleh menikmati kemudahan sky pool yang menyegarkan, berehat di sky lounge yang elegan, dan menggunakan kemudahan lain seperti sauna, bilik permainan, dewan serba guna, dan gimnasium yang serba lengkap di dek kemudahan yang sama, di mana anda tidak perlu lagi ke aras podium lain untuk menikmati kemudahan yang tersedia.

 

Penerbitan: PREBIU

Related Articles

news-inner-article-image
A Steady Stream of Launches

March 4, 2024 | News

Majestic Gen Sdn Bhd is looking to launch projects worth a total of RM3.5 billion in 2024 and 2025, following a rebranding exercise that the company hopes will take it to greater heights.

Read More btn arrow
news-inner-article-image
Majestic Gen targets GDV of RM3.3bil

February 28, 2024 | News

Majestic Gen Sdn Bhd, formerly known as Majestic Builders, aims to achieve gross development value (GDV) totalling RM3.3bil for 2024 and 2025 from 15 project launches.

Read More btn arrow
news-inner-article-image
塑造新一代理想生活 Majestic Gen重新定义当代舒居标准

February 28, 2024 | News

每一个蜕变的故事中,我们总能看到过去辉煌岁月的落幕,以及崭新目标的展望,迈向全新征程的步伐。Majestic集团作为卓越的房产发展商,再次启程,谱写全新的篇章。在这个转型的征程中,Majestic Gen将成为故事的主角,将可持续发展、高效运营、现代设计和优雅融合为一体,勾勒出未来高品质发展的宏伟图景。

Read More btn arrow